类别 |
BUKAN DARK METALIK EAN No : 9789672321279 Author : PYNAT MOURI RM 28.00 (WM) RM 31.00 (EM) Member : Rebate 20% Promotion Period : 2 Oct ~ 3 Dec 2020 Summary: Hanya aku tahu perangai gila kau... Difitnah berkhalwat ketika tahun menduduki SPM, memberi kesan besar kepada Erhan. Tidak dia sangka, gadis yang digelar pelakon opera Cina itu begitu kuat pembohong! Huh! Akhirnya dia juga yang nampak jahat bak dalam cerita filem Tamil. Erhan takkan berdiam diri. Hilani patut dapat pengajaran! “Kenapa buat aku macam ni? Kenal hang pun tak pernah. Bila masa aku selalu belanja hang air kotak dan roti? Weh, aku kalau nak cari awek, aku cari yang besar sikit mata, setakat stok macam hang, buat lapik kaki aku saja.” - Erhan “Whateverlah dark metalik!” – Hilani Masa pun berlalu. Dendam membuatkan Erhan tak pernah melupakan pemilik nama Farah Hilani. Disiasat latar belakang Hilani hinggalah akhirnya dia berjaya membuat perancangan paling licik. Dia dan Hilani bertemu kembali dalam keadaan dia bos dan Hilani ialah kuli a.k.a sekretarinya. Bagi Hilani, Erhan yang dulu jauh beza dengan yang sekarang. Kulit pun ala-ala dark metalik! Tetapi lelaki yang berdiri di depan dia sekarang tampak lebih smart dan hitam manis yang menawan kalbu. Sudahlah ada ‘telaga’ atau dimple kata mat salih dekat pipi kiri dan kanan. Kenapalah dulu Erhan tak senyum macam tu? “Saya minta maaf. Saya menyesal sangat-sangat.” - Hilani Hilani merayu, melirih sayu. Setiap kata-kata Erhan berkenaan kisah lalu menusuk jiwa. Ya, dia memang buat silap, tapi masa itu, dia masih terlalu muda. Dia hanya fikir untuk selamatkan diri. Namun dendam Erhan bagai tak luak dengan permintaan maaf tulus ikhlas itu. Baginya, statusnya sebagai bos membuatkan Hilani cuak dan takut kehilangan kerja. Jika tidak, mana mahunya Hilani nak minta maaf. “Never. Awak dan boyfriend awak tu boleh mereput sekali,” - Erhan “Boyfriend saya? Siapa? Tuan ke?” – Hilani “Apa ke jadahnya aku nak doa diri sendiri reput! Eee... Aku bagi sebijik di dahi tu, baru cerdik kut.”- Erhan Puas sudah Hilani memohon kemaafan, sampai terpaksa belanja satu opis makan di restoran mahal, tapi Erhan tetap dengan layanannya yang kuku besi terhadap gadis manis itu. Tapi itulah, Hilani pun adakalanya tak beri peluang pada Erhan. Ingat dia nak diam saja bila kena buli dengan bos? “Lelaki yang kuat merajuk dan marah-marah ni kebanyakan mempunyai masalah batin. Ini bukan saya cakap tau. Kajian ini dibuat di luar negara. Jadi tuan jangan merajuk lama sangat.” - Hilani “Bila masa saya merajuk? Choi, mulut tu tak pernah serik mengata, kan?”- Erhan Gila... Kena usik dengan Hilani pun boleh buat Erhan tak keruan. Bila Hilani tiada, hidupnya tiba-tiba rasa sepi. Makan nasi pun tak sesedap seperti yang Hilani suap ketika dia sakit. Ah, sudah! Angaukah dia? Macam mana dengan rancangan dendamnya bertahun-tahun itu? < BACK |