Ditubuhkan pada tahun 1984, POPULAR telah berkembang pesat dan menjadi sebuah kedai buku terkenal di Malaysia – Kini, kami tersenarai sebagai rangkaian kedai buku terbesar di Malaysia oleh Malaysian Book of Records, dengan ruangan runcit lebih dari 700,000 kaki persegi. Sehingga sekarang, kami mempunyai 82 buah kedai buku POPULAR yang terletak di seluruh negara, dengan 5 kedai buku mega di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Sebagai kedai buku tiga bahasa, kami menawarkan pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, serta buku teks dan buku rujukan. Di samping itu, kami juga menawarkan banyak pilihan termasuk majalah, alat tulis, Gajet & IT, CD & DVD, hadiah dan banyak lagi. Justeru, untuk memudahkan produk kami diperolehi dan dibaca oleh pelanggan, POPULAR telah melancarkan laman POPULAR Online (www.popularonline.com) pada tahun 2015; di mana terdapat banyak buku Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, buku teks & buku rujukan, Alat-tulis, CD-RAMA dan Gajet & IT yang sentiasa tersedia untuk pelanggan membeli-belah. Oleh itu, POPULAR akan melakukan penambahbaikan secara berterusan, supaya pelanggan dapat menikmati lebih banyak produk bukan sahaja di kedai buku kami, tetapi juga di POPULAR Online.
Pada tahun 2019, POPULAR juga telah memperkenalkan Aplikasi POPULAR MY, yang menawarkan kemudahan istimewa untuk ahli kami seperti e-keahlian, info akitiviti, ganjaran dan hadiah, pencarian sejarah transaksi, lokasi kedai, dan banyak lagi. Selain perniagaan peruncitan, Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. juga memiliki 2 perniagaan teras lain iaitu: Pengedaran dan Penerbitan Buku.
POPULAR akan terus berusaha untuk menjadi sebuah kedai buku milenium baru yang dinamik.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.popularworld.com/en/CoreValues.php