Buku Bahasa Melayu
Pilihan POPULAR
Category
   
CIK DELIVERY
EAN No : 9789672300205

Author : DYADILA

RM 28.00 (WM)
RM 31.00 (EM)
Member : Rebate 20%
Promotion Period : 2 Oct ~ 3 Dec 2020
Summary:
Kisah cinta mereka bukanlah sehebat Romeo and Juliet. Bukan seromantis kisah Cinderella
apatah lagi seagung cinta Rasullullah dan Saidatina Khadijah. Namun, kisah cinta yang biasa-
biasa ini menjadi luar biasa bila ada ikatan rasa terhubung sebelum cinta. Menjadi isteri
belum waktunya kepada lelaki yang dia sendiri tak kenal. Walhal semuanya hanya drama
semata-mata.
Inara Mikayla menerima cinta pada waktu dia terpaksa memilih di antara cinta dan keluarga.
Silapnya dia memilih cinta sehingga diketepikan oleh keluarga sendiri. Dia lemah bila dia
terpaksa terima kehilangan cinta dan kehilangan keluarga. Namun, demi Aqil dia bangkit
menjadi seorang yang tabah dan sentiasa pandang ke depan.
Riyadh Aryan, lelaki yang hidup dengan kesempurnaan. Dia ada segala-galanya tapi, jarang
rasa cukup. Wasiat arwah papanya supaya dia berkahwin dengan anak Tan Sri Marzuki
bukanlah mudah untuk dilaksanakan. Lagi serabut bila satu Malaysia tahu dia bakal menjadi
menantu Tan Sri Marzuki. Dia bukanlah takut nak kahwin tapi, dia takut dengan siapa dia
nak kahwin.
Siapa pilihan Riyadh? Najla Sofiya yang serius dan berkarisma atau Yasmeen Hani yang
cantik dan menawan serta selalu melafazkan kata cinta?
Cik Delivery… kisah yang biasa-biasa tapi, menjadi luar biasa!
 
< BACK
Hubungi